Ari nie aku nak bagi motivasi sikit kat krng....Nmpk xdop mtivasi mno lnie....Hehe (Gurau jah)..
Aku nie buknyo pnda sngt nak wi motivasi tapi skdr utk brkgsi dan brpsan.....Nie bkn aku yg tls tapi bagi kredit kpd blog AMIN AL-KALANTANI....slamat mmbaca.......
Tajuk ini saya tulis untuk memberi pandangan apakah rahsia kejayaan orang-orang mukmin. Kejayaan orang mukmin berkait rapat dengan solat yang dilakukan lima kali sehari. Hari ini saya cuba mengupas di sebalik khusyu’ itu terkandung rahsia kejayaan mukmin.
Sebelum ini saya telah membicarakan perihal peri pentingnya kita mujahadah untuk mencapai solat yang khusyu’. Terdapat pelbagai teknik dan strategi untuk kita mempertingkatkan khusyu’ dalam solat. Strategi ini saya bahagikan kepada dua iaitu strategi sebelum solat, semasa solat dan selepas solat.
Strategi Sebelum Solat
- Pastikan kita betul-betul mengawali anggota badan kita khususnya mata, telinga, mulut serta anggota lain daripada melakukan maksiat di sisi Allah SWT.
- Pastikan sumber kewangan seharian kita adalah daripada yang halal dan tayibba.
- Pastikan pakaian yang dipakai bersih dzahir dan batin.
- Pastikan berwudhu’ dengan sempurna.
- Pastikan memahami makna setiap bacaan dalam solat.
- Pastikan sudah memahami rukun yang wajib, sunat.
- Pastikah sudah memahami perkara yang membatalkan solat.
Strategi Semasa Solat
- Pastikan anda solat berjamaah di masjid khususnya muslimin.
- Pastikan anda bersegera datang ke masjid.
- Pastikan anda menjaga dan mengawal anggota badan daripada perkara yang membatalkan solat.
- Pastikan anda menjaga hati anda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada solat.
- Pastikan anda membaca bacaan dalam solat dengan ‘tartil’
- Pastikan anda menghayati setiap bacaan dalam solat.
- Pastikan anda mengikut imam dengan tertib
Semua ini merupakan beberapa strategi untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Jadi kenapa saya tekankan solat yang khusyu’? Inilah merupakan rahsia kejayaan orang mukmin di atas muka bumi ini.
Bagaimana solat yang khusyu’ mendatangkan kejayaan?
Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah apa itu khusyu’. Beberapa pandangan ulama’ muktabar telah memberikan ulasan mereka tersendiri berkaitan dengan khusyu’ ini. Antara yang biasa kita dengar ialah serendah-rendah khusyuk ialah kita mengetahui apa yang sedang kita baca dan mengetahui berapa rakaat dia sedang solat.
Khusyu’ yang lebih mudah dimengertikan ialah kita mestilah menjaga segala perkara yang membatalkan solat, menyempurnakan solat dengan sebaiknya dan hati mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap solat itu sendiri.
Apabila kita menjaga solat dengan baik termasuk khusyu’, maka natijahnya terkesan dalam kehidupan kita seharian. Di masa solat kita telah melatih diri kita untuk mengingati Allah SWT. Kita akan melaksanakan kewajipan dalam solat dan meninggalkan segala yang membatalkan solat.




0 comments:
Post a Comment